APA ITU ENERGI?

ENERGI adalah abadi, sedia ada sejak azali, tidak kelihatan oleh mata kasar (ghaib - ada tetapi tidak kelihatan). Ianya juga tidak boleh dicipta dan tidak boleh dimusnahkan. Ianya hanya boleh merubah dan tidak terhad kepada ruang, masa dan jarak. 

Energi ini ada yang mengenalinya sebagai GelombangYIng Yang, Prana, Qi, Chi dan berbagai nama lain bergantung kepada bangsa dan kumpulan orangnya. Radionik mengenalnya sebagai Energi.

Salah satu elemen untuk kita mengenali dan mengetahui rahsia alam semesta ini adalah dengan melihat sesuatu yang zahir dan tidak zahir itu pada energinya. Energi ini core pada sesuatu. Setiap sesuatu itu sentiasa di dalam keadaan bergetar. Apabila sesuatu itu bergetar maka ianya sudah tentu akan mengeluarkan frekuensi (unik pada sesuatu itu) yang boleh kita baca menggunakan alatan tertentu. Kita kenalinya sebagai Frequency Rates. Hakikatnya energi, getaran atau frekunesi itu adalah benda yang sama, bak kata Nicola Tesla : 



Kehebatan penggunaan energi di dalam mempengaruhi tubuh badan telah ditemui oleh Dr. Albert Abrahams pada awal tahun 1900 dengan penciptaan beberapa mesin berasaskan elektronik dalam mengukur radiasi halus (fine radiation) yang dikenali sebagai RADIONIK (Radio-Elektronik). 



Tidak dinafikan, terdapatnya kajian yang menunjukkan energi ini boleh digunakan dengan cara yang positif ataupun negatif. Terdapatnya bukti energi digunakan dalam membantu otak menjadi lebih fokus semasa belajar dan juga bukti yang menunjukkan dengan menggunakan 'energi rendah' boleh menyebabkan ketidakselesaan kepada tubuh badan. Semuanya bergantung kepada pengamal itu sendiri.