MIASM adalah satu teori atau sebab musabab yang digunakan di dalam Terapi Homeopati yang membawa maksud "suatu kecenderungan untuk berpenyakit samada diwarisi ataupun diperolehi". Ianya dapat diertikan dengan mudah sebagai akar (root) penyebab penyakit yang diwarisi. Ini bermakna sesuatu penyakit itu lambat sembuh sekiranya kita mempunyai beberapa miasm pada tubuh kerana miasm ini lah yang menghalang panawar atau ubat yang diambil.
Contoh:
Apabila ibu atau ayah atau keluarga terdahulu mempunyai sejarah mengalami sesuatu penyakit kronik seperti sakit jantung, kencing manis atau kanser, maka ada di antara anak-anaknya mungkin turut mendapat di suatu ketika nanti penyakit tersebut bergantung kepada ketahanan tubuh badan si anak. Jika warisan mempunyai penyakit jantung umpamanya, mungkin si anak tidak mendapat sakit jantung tetapi mungkin asthma. Inilah yang dikatakan miasm tadi. Boleh juga diertikan sebagai kecenderungan penyakit warisan.
Terdapat beberapa miasm yang telah dikategorikan iaitu :
1. Psora
2. Tuberculosis
3. Sycosis
4. Syphilis
5. Kanser
Untuk kembali sihat, perkara miasm ini perlulah diperhatikan atau dengan kata lain perkara miasm ini perlu diharmonikan terlebih dahulu.