BACAAN 2

ARTIKEL INI HANYALAH UNTUK MEMAHAMKAN TENTANG PERIHAL ENERGI.


PERCAYAKAN ANDA apabila saya katakan bahawa apa sahaja yang anda mahukan atau yang tidak anda mahukan di dalam kehidupan ini telah pun ada sebenarnya? Semuanya telah ada tetapi masih di dalam bentuk energi @ getaran @ frekuensi sebelum ianya dizahirkan oleh anda sendiri, bukan orang lain.

Sebenarnya, 95% manusia sentiasa berfikir tentang apa yang mereka tidak mahu daripada apa yang mereka mahu. Mereka tidak mahu menjadi miskin tetapi itulah yang difikirkan setiap hari bukan? Jarang mereka mengubah fikiran mereka untuk menjadi kaya. Bagaimana mungkin untuk menjadi kaya tetapi di dalam pemikiran mereka sentiasa mengatakan 'aku miskin, aku tidak ada duit' ?

Begitu juga kununnya mereka sibuk berfikir bagaimana untuk menjadi sihat kerana mereka takut sakit. Walaupun mereka sibuk berfikir untuk menjadi sihat tetapi HAKIKATNYA mereka lebih fokus setiap hari kepada TAKUT menjadi sakit. Kenapa takut? Sebab tidak percaya , tidak yakin dengan kemampuan sendiri. 



Bolehkah kita sembuh sepenuhnya dari sebarang penyakit sekiranya  kita TIDAK PERCAYA yang kita boleh sembuh? Pasti tidak boleh! Kita boleh mengharapkan bantuan orang lain wahima minta bantuan Tuhan sekalipun, tetapi sekiranya di dalam diri kita atau hati kita, pemikiran kita, kita sendiri TIDAK PERCAYA kita boleh sembuh, percayalah memang kita tidak boleh sembuh! 

Semuanya adalah energi. Bermaksud, MINTA ada energinya, PERCAYA ada energinya yang tersendiri dan juga TERIMA pun ada energinya. Fikirkanlah ....

Image result for direct your energy into believing