KONSEP



Kebanyakan orang sukar untuk percaya dengan Kata-kata "Tiada 'penyakit' yang tidak boleh disembuhkan". Terpulang kepada kepercayaan masing-masing. Yang penting adalah usaha dalam menyelesaikan masalah itu. Terdapat banyak kaedah yang boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah 'penyakit' ini.Ada orang menggunakan herba, ngurut, berbekam, bermacam-macam minyak, hipnosis, terapi aura, tenaga dalam,  terapi bunyi, mantra, zikir dan sebagainya. Radionik adalah salah satu kaedah yang boleh digunakan.


KONSEP RADIONIK DI DALAM KEHARMONIAN TUBUH (KESIHATAN).


Radionik boleh dipraktikkan dalam mengharmonikan energi tubuh manusia, tumbuhan dan juga binatang. Ini bermaksud Radionik boleh digunakan dengan mengharmonikan energi tumbuhan yang rosak mahupun energi binatang yang mengalami 'penyakit', selain daripada energi tubuh manusia.

Saya ulang semula bahawa setiap sesuatu yang bergerak (hidup) mahupun sesuatu yang tidak bergerak itu sebenarnya berada di dalam keadaan bergetar. Apabila sesuatu itu sedia ada di dalam keadaan bergetar maka sudah tentu ianya akan mengeluarkan satu frekuensi. Frekuensi ini boleh dibaca. Oleh itu sememangnya terdapat 'satu lautan frekuensi' yang mengelilingi alam ini. Sebagaimana DNA adalah unik (sudah tentu DNA ini juga mempunyai frekuensi yang unik) , tidak ada yang sama bagi setiap manusia, begitu jugalah dengan frekuensi ini. Energi @ Frekuensi @ Getaran adalah benda yang sama.

Setiap sesuatu itu ada pasangannya. Kaya-Miskin, Berani-Takut, Lelaki-perempuan, Tinggi-Rendah, HARMONI-TIDAK HARMONI, Besar-Kecil, SAKIT-SIHAT/SEMBUH dsb. Di dalam konsep Radionik, kita hanya akan menggunakan keadaan HARMONI-TIDAK HARMONI ini sahaja.


Dalam istilah mudah :



HARMONI = SIHAT, 
    
TIDAK HARMONI=TIDAK SIHAT=BERPENYAKIT


DIAGNOSTIK


Dengan penggunaan mesin Radionik ini, kita boleh membuat DIAGNOS ke atas DNA (yang diberikan iaitu rambut dan kuku) dalam menentukan keseluruhan energi organ dalaman tubuh kita berada di dalam keadaan HARMONI atau pun TIDAK HARMONI. Sudah tentu di dalam diagnos ini , kita mencari ernergi organ mana yang tidak harmoni.


Keadaan TIDAK HARMONI ini ada 2 tahap iaitu OVER-FUNCTION (OF) ataupun UNDER-FUNCTION (UF). Kedua-dua tahap ini tidak bagus untuk kesihatan dan menunjukkan adanya kerosakan pada organ-organ tubuh. Sebagai contoh ; DARAH kita mestilah berada di dalam keadaan HARMONI. Sekiranya kita terlebih darah (bermaksud OF) ataupun kurangnya darah (bermaksud UF) samada di dalam organ tubuh atau pun peredarannya (circulation), kedua-dua keadaan ini tidak bagus untuk kesihatan. Kemungkinan juga darah itu (Over-Function) mengandungi banyak viruses, fungi, bacteria, toxins mahu pun poisons.


Apabila tahap TIDAK HARMONI ini diabaikan, lama kelamaan ianya akan merebak kepada organ-organ yang lain kerana kesemua organ di dalam sistem tubuh kita saling berkait (Energinya yang berkaitan - connected). Tiada satu pun yang berfungsi secara tunggal. Sudah tentu 'PENYAKIT' mula timbul akibat daripada kelalaian kita sendiri dalam mencegahnya.


Apabila kita boleh membuat diagnos ke atas energi-energi organ di dalam tubuh, sudah tentu kita boleh mengubahnya daripada keadaan tidak harmoni kepada keadaan harmoni. Di sinilah datang dan bermulanya apa yang dipanggil terapi.


Diagnosis ini dibuat secara Holistik termasuk perkara MIASM dan CHAKRA.

TERAPI


Terapi Radionik adalah bertujuan mengubah keadaan energi sesuatu organ yang tidak harmoni kepada keadaan harmoni. Juga melibatkan pengharmonian ke atas perkara MIASM dan CHAKRA.


Anda akan benar-benar sihat sekiranya tubuh (termasuk organ) , Miasm dan Chakra anda diharmonikan semula.


PERANAN PESAKIT

Jarang ada penyakit yang dapat disembuhkan tanpa sebarang peranan oleh pesakit itu sendiri. Ini bermakna pesakit mesti memainkan peranan tersendiri dalam mengubah keadaan tubuh. Antara peranan pesakit di dalam terapi ini adalah :

- Jangan mudah percaya pada apa yang orang lain cakap. Kita hendaklah yakin sepenuhnya boleh sembuh. Itu yang dinamakan semangat untuk sihat mestilah kuat; tidak berputus asa.

- Kita hendaklah sentiasa jaga pemakanan kita semasa sakit dan juga selepas sembuh. Tidak boleh lagi makan apa sahaja yang kita mahu seperti sebelum sakit. Disebabkan pemakanan lah , datangnya penyakit kita itu.

- Jaga emosi dan pemikiran. Hanya kita sahaja yang boleh mengubah emosi dan pemikiran kita, bukan orang lain. Hentikan bersangka. Maafkan diri sendiri dan juga maafkan orang-orang lain atas perbuatan mereka ke atas kita. Maksudnya kita kena berserah sepenuhnya dan tidak lagi berdendam.

- Lakukan aktiviti yang kita mampu untuk mengisi masa dan juga mengeluarkan peluh.


-